Tuesday, 28 April 2015

Risiko tidak menetapkan CHANNEL sebelum mengeluarkan produk....


Majoriti peniaga amatur terus hendak membuat PRODUK. 

Ini lebih-lebih lagi apabila mereka mahu mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan secara OEM.

CHANNEL sangat menentukan harga jualan yang sesuai.
+ Harga yang sesuai untuk channel butik.
+ Harga yang sesuai untuk channel booth pameran.
+ Harga yang sesuai untuk kedai kain baju.
+ Harga yang sesuai untuk pasar malam.
+ Harga yang sesuai untuk Zalora, Lazada dll.
+ Harga yang sesuai untuk kedai online usaha sendiri.
.
Sebelum kita hendak menetapkan harga jualan PRODUK, tetapkan dahulu CHANNEL yang dipilih.

Contoh: Produk pop-corn
+ Harga untuk channel stesen minyak?
+ Harga untuk channel kedai runcit?
+ Harga untuk channel kantin sekolah?
+ Harga untuk channel kiosk dalam hipermarket?
.
CHANNEL juga sangat menentukan pakejing yang laku dan tidak laku.

+ Pakejing pop-corn untuk jualan di dalam kedai stesen minyak ditargetkan kepada mata dan dompet pemandu kereta.

+ Pakejing untuk jualan di kantin sekolah ditargetkan kepada mata dan dompet budak sekolah.



Perkongsian ilmu bagi mereka yang mahu berniaga francais



"Saya pernah mengendali 16 sesi program francais untuk wanita dan lepasan siswazah untuk sebuah agensi kerajaan ketika saya masih makan gaji.

Banyak perkara yang saya tidak bersetuju dan saya benci dengan sistem ini.

Francaisi dipaksa bayar yuran pengiklanan, yuran tahunan, yuran persatuan dan dikenakan royalti yang sangat tinggi. Nak meraikan Patron (mantan menteri) dalam majlis makan malam pun francaisi kena bayar tinggi.

Francaisi tiada hak memilih lokasi perniagaan, semuanya ditentukan francaisor.

Kawasan strategik hanya diserahkan kepada kaum kerabat. Francaisi hanya dapat lokasi corot walaupun sudah booking premis yang sangat stategik, banyak alasan yang diberi.

Terdapat kawasan di mana francaisi dibiarkan bersaing sesama sendiri. Francaisi juga dipaksa membeli peralatan yang tidak perlu.

Banyak yang saya nak jelaskan tetapi cukuplah setakat ini." - Tuan Rosli

Thursday, 2 April 2015

Aplikasi kira GST dengan cepat


Aplikasi ini membantu kita mengira jumlah bayaran termasuk GST dengan cepat.

Hanya masukkan jumlah pembelian, harga yang perlu dibayar terus tertera di bahagian bawah.

Download di google play sekarang >>>  http://bit.ly/kira_GST




Pesan kepada orang muda.... Jangan sekali-kali ambil LOAN. Jangan!


Di manakah bahayanya duit LOAN?

+ Duit loan adalah duit cash yang diberikan kepada peminjam. Duit itu selepuk diserahkan kepada orang yang tidak ada duit! Di sinilah bahayanya.

+ Orang muda belum biasa tengok duit banyak. Apatah lagi memegang duit banyak. Mudah jadi gelap mata dibuatnya!

+ Kepada orang yang tidak ada duit, apabila dia tiba-tiba dapat duit banyak, dia boleh menjadi kurang siuman!

+ Jangankan orang muda, orang tua pun boleh hilang siuman apabila dapat duit banyak!

Renungan 29



10 sebab kenapa orang yang berjaya itu berjaya


1. Sikap dia berbeza. 

Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking", "Apa la tak ada makan?" " Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbezaa. Dia tak suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia cari kerja.

2. Mereka ini pantas. 

Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak, dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya.

3. Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka. 

Invest wang, tenaga dan masa.

4. Mereka bina networking yang bagus.

Maksud networking: 
  • Anda adalah siapa kawan anda. 
  • Siapa nak hidup berubah? 
  • Upgrade kawan.

5. Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka nak berjaya.

Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya.

6. Mereka berkawan dengan orang yang betul.

7. Mereka tidak bertangguh.

Fast action fast result. 

Kepantasan pemilik bisnes mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan kepantasan. Kalau sikap owner ni lembap, agak barang yang order tu bila nak siap?

8. Tidak menghiraukan kutukan. 

Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan kutukan orang.

9. Fokus. 

Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan anda NENEK JUTAWAN! 

Fokus 1 masalah pada 1 masa. 
  • Di mana ada masalah, di situ ada peluang. 
  • Di mana ada peluang, di situ ada wang. 
  • Di mana ada wang, di situ ada kekayaan.

10. Mereka konsisten & persisten. 

Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.

Okay jutawan. That's all for today.. Mana saya dapat semua tips ni? Di program Dr Azizan @Wisma MCA tahun lepas. Tq Doc!..

Indahnya hati dengan: 

  • beristighfar, 
  • berselawat, 
  • bersyukur dan 
  • bersedekah...

Wednesday, 1 April 2015

Tip murah rezeki (3)

Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. 


Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!

Salah satu kunci kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal – walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.

Tidak perlu melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” 

(Diriwayatkan al-Baihaqi)

-Irfan Khairi-


Renungan 28