"Saya pernah mengendali 16 sesi program francais untuk wanita dan lepasan siswazah untuk sebuah agensi kerajaan ketika saya masih makan gaji.
Banyak perkara yang saya tidak bersetuju dan saya benci dengan sistem ini.
Francaisi dipaksa bayar yuran pengiklanan, yuran tahunan, yuran persatuan dan dikenakan royalti yang sangat tinggi. Nak meraikan Patron (mantan menteri) dalam majlis makan malam pun francaisi kena bayar tinggi.
Francaisi tiada hak memilih lokasi perniagaan, semuanya ditentukan francaisor.
Kawasan strategik hanya diserahkan kepada kaum kerabat. Francaisi hanya dapat lokasi corot walaupun sudah booking premis yang sangat stategik, banyak alasan yang diberi.
Terdapat kawasan di mana francaisi dibiarkan bersaing sesama sendiri. Francaisi juga dipaksa membeli peralatan yang tidak perlu.
Banyak yang saya nak jelaskan tetapi cukuplah setakat ini." - Tuan Rosli
No comments:
Post a Comment