Kita sudah memulakan langkah pertama dalam perniagaan.
Bagus.
Bisnes kita mula dapat pelanggan seorang demi seorang.
Semakin bagus.
Bagaimana pula dengan syarikat kita? Adakah kita mempunyai asas tentang pembinaan syarikat yang memberi keuntungan jangka masa panjang?
Apa beza enterprise, PLT dan Sdn Bhd?
Saya sendiri mempunyai pengalaman mendaftarkan dua jenis perniagaan iaitu:
1) Enterprise.
2) Sdn Bhd.
Manakala PLT pula masih baru di Malaysia. Saya tidak pernah ada pengalaman mendaftarkan syarikat PLT.
Syarikat enterprise dan Sdn Bhd mempunyai entiti yang berbeza.
Sangat berbeza. Seperti buah epal dan buah oren.
Walaupun kedua-duanya dalam kategori makanan yang sama (buah), namun fungsi, kebaikan dan penggunaannya sangat berbeza.
Enterprise membantutkan perkembangan bisnes?
Teruskan bacaan.
Tuan Izwan pernah berkongsi tentang syarikat jenis enterprise.
Paling berisiko adalah, enterprise bukan sebuah syarikat.
Apabila kita mendaftarkan nama perniagaan enterprise, secara teknikalnya ia hanya mengakui dan mengesahkan empunya nama syarikat tersebut dibolehkan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
"Ia seperti lesen memandu. Cuma ini untuk buat bisnes." - Izwan.
Apabila kita mendaftar syarikat enterprise, kita secara kasarnya meletakkan nama kita sebagai 'pengeras' untuk menjalankan operasi bisnes.
Selain itu, risiko syarikat enterprise adalah menyukarkan bisnes itu untuk berkembang.
Risiko bisnes enterprise yang paling bahaya dan merugikan!
Kenapa?
Mana-mana bisnes yang didaftar di dalam kategori enterprise, bisnes itu tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.
Dalam erti kata lain, enterprise adalah "diri" kita. Ia bukan syarikat. Diri kita tidak boleh berkongsi dengan orang lain. Bisnes itu melekat pada badan kita sendiri.
Bayangkan begini,
1) Kita bersusah payah membangunkan bisnes supaya untung berkali-kali ganda menggunakan syarikat enterprise.
2) Sampai satu masa, ajal dan maut menimpa ke atas diri kita. Maka bisnes itu tidak boleh diwariskan kepada anak-anak.
Adakah pendaftaran enterprise adalah pilihan yang kurang bijak?
Perkongsian ini bukan bertujuan untuk memburukkan atau menakutkan mana-mana pemilik syarikat enterprise.
Ia adalah pendedahan yang membantu kita untuk merancang untuk mengembangkan bisnes suatu hari nanti.
Ramai usahawan di Malaysia yang terlalu "asyik" dengan pendaftaran perniagaan kategori enterprise. Sedangkan ia bukan syarikat yang sebenar.
Anda mahu belajar ilmu membina syarikat? Saya ada cadangan terbaik.
Jika anda sudah mempunyai syarikat enterprise, maka ini adalah masanya untuk menuntut satu lagi ilmu bisnes yang penting.
Ilmu membina syarikat yang mengizinkan bisnes kita berkembang dengan pesat.
Saya baru sahaja dapat tahu bahawa ada sebuah DVD yang menghimpunkan 4 usahawan yang berkongsi ilmu membina syarikat.
Tetapi, DVD itu dicetak dalam kuantiti yang sedikit.
Casino Reviews - DrMcd
ReplyDeleteThe 광주 출장샵 good thing about a casino 문경 출장안마 is that you can have fun playing. 거제 출장샵 If you're an experienced 서귀포 출장샵 player then you're going to find the best casino you can Casino · Games · Login · More than 400 Rating: 3 · 1 익산 출장안마 review