Friday, 12 June 2015

Lagi risiko syarikat enterprise!

Apa itu ‘personal loan’?

"Personal-loan disebut ‘pinjaman peribadi’. Kita membuat pinjaman atas nama kita, bukan atas nama syarikat.

Peniaga yang berniaga menggunakan lesen-niaga ‘enterprise’ banyak membuat pinjaman personal-loan bagi mendapatkan modal dan juga bagi membesarkan bisnes mereka.

Kadar faedah personal loan adalah tinggi, boleh sama tinggi dengan kadar faedah kad kredit. Ini sangat berisiko kepada diri si peminjam, dan kepada survival bisnesnya." -Puan Ainon Mohd.-


Adakah pendaftaran enterprise adalah 
pilihan yang kurang bijak?

Perkongsian ini bukan bertujuan untuk memburukkan atau menakutkan mana-mana pemilik syarikat enterprise. 

Ia adalah pendedahan yang membantu kita untuk merancang untuk mengembangkan bisnes suatu hari nanti. 

Anda mahu belajar ilmu membina syarikat? Saya ada cadangan terbaik.


Jika anda sudah mempunyai syarikat enterprise, maka ini adalah masanya untuk menuntut satu lagi ilmu bisnes yang penting.

Ilmu membina syarikat yang mengizinkan bisnes kita berkembang dengan pesat.

Saya baru sahaja dapat tahu bahawa ada sebuah DVD yang menghimpunkan 4 usahawan yang berkongsi ilmu membina syarikat.

Tetapi, DVD itu dicetak dalam kuantiti yang sedikit.

Jika anda berminat untuk dapatkan DVD itu, klik sahaja di sindan boleh dapatkan DVD itu.

PS: DVD ini hanya sesuai untuk anda yang mahu mengembangkan bisnes untuk jangka masa panjang. Jika itu impian anda, maka dapatkan segera DVD ini sebelum ia kehabisan stok.



Monday, 8 June 2015

Tip memulakan bisnes pertama...


Berapakah duit yang ada dalam tangan kita sekarang? 

Dari jumlah itu, gunakan kurang daripada 30% sahaja sebagai modal.

Jangan pertaruhkan lebih daripada RM2k. 

Pilih bisnes yang sesuai dengan duit kita itu.
.
-Puan Ainon Mohd.-

Nota: Cara mula bisnes tanpa modal boleh baca di sini

Wednesday, 3 June 2015

ARTIKEL: Risiko Syarikat Enterprise?



Kita sudah memulakan langkah pertama dalam perniagaan.
Bagus.
Bisnes kita mula dapat pelanggan seorang demi seorang.
Semakin bagus.
Bagaimana pula dengan syarikat kita? Adakah kita mempunyai asas tentang pembinaan syarikat yang memberi keuntungan jangka masa panjang?

Apa beza enterprise, PLT dan Sdn Bhd?

Saya sendiri mempunyai pengalaman mendaftarkan dua jenis perniagaan iaitu:
1) Enterprise.
2) Sdn Bhd.
Manakala PLT pula masih baru di Malaysia. Saya tidak pernah ada pengalaman mendaftarkan syarikat PLT.
Syarikat enterprise dan Sdn Bhd mempunyai entiti yang berbeza.
Sangat berbeza. Seperti buah epal dan buah oren.
Walaupun kedua-duanya dalam kategori makanan yang sama (buah), namun fungsi, kebaikan dan penggunaannya sangat berbeza.

Enterprise membantutkan perkembangan bisnes?

Teruskan bacaan.

Tuan Izwan pernah berkongsi tentang syarikat jenis enterprise.
Paling berisiko adalah, enterprise bukan sebuah syarikat.
Apabila kita mendaftarkan nama perniagaan enterprise, secara teknikalnya ia hanya mengakui dan mengesahkan empunya nama syarikat tersebut dibolehkan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

"Ia seperti lesen memandu. Cuma ini untuk buat bisnes." - Izwan.
Apabila kita mendaftar syarikat enterprise, kita secara kasarnya meletakkan nama kita sebagai 'pengeras' untuk menjalankan operasi bisnes.
Selain itu, risiko syarikat enterprise adalah menyukarkan bisnes itu untuk berkembang.

Risiko bisnes enterprise yang paling bahaya dan merugikan!

Kenapa?
Mana-mana bisnes yang didaftar di dalam kategori enterprise, bisnes itu tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.
Dalam erti kata lain, enterprise adalah "diri" kita. Ia bukan syarikat. Diri kita tidak boleh berkongsi dengan orang lain. Bisnes itu melekat pada badan kita sendiri.
Bayangkan begini,
1) Kita bersusah payah membangunkan bisnes supaya untung berkali-kali ganda menggunakan syarikat enterprise.
2) Sampai satu masa, ajal dan maut menimpa ke atas diri kita. Maka bisnes itu tidak boleh diwariskan kepada anak-anak.

Adakah pendaftaran enterprise adalah pilihan yang kurang bijak?

Perkongsian ini bukan bertujuan untuk memburukkan atau menakutkan mana-mana pemilik syarikat enterprise.
Ia adalah pendedahan yang membantu kita untuk merancang untuk mengembangkan bisnes suatu hari nanti.
Ramai usahawan di Malaysia yang terlalu "asyik" dengan pendaftaran perniagaan kategori enterprise. Sedangkan ia bukan syarikat yang sebenar.

Anda mahu belajar ilmu membina syarikat? Saya ada cadangan terbaik.


Jika anda sudah mempunyai syarikat enterprise, maka ini adalah masanya untuk menuntut satu lagi ilmu bisnes yang penting.
Ilmu membina syarikat yang mengizinkan bisnes kita berkembang dengan pesat.
Saya baru sahaja dapat tahu bahawa ada sebuah DVD yang menghimpunkan 4 usahawan yang berkongsi ilmu membina syarikat.
Tetapi, DVD itu dicetak dalam kuantiti yang sedikit.
Jika anda berminat untuk dapatkan DVD itu, klik sahaja di sini dan boleh dapatkan DVD itu.

PS: DVD ini hanya sesuai untuk anda yang mahu mengembangkan bisnes untuk jangka masa panjang. Jika itu impian anda, maka dapatkan segera DVD ini sebelum ia kehabisan stok.

Tuesday, 28 April 2015

Risiko tidak menetapkan CHANNEL sebelum mengeluarkan produk....


Majoriti peniaga amatur terus hendak membuat PRODUK. 

Ini lebih-lebih lagi apabila mereka mahu mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan secara OEM.

CHANNEL sangat menentukan harga jualan yang sesuai.
+ Harga yang sesuai untuk channel butik.
+ Harga yang sesuai untuk channel booth pameran.
+ Harga yang sesuai untuk kedai kain baju.
+ Harga yang sesuai untuk pasar malam.
+ Harga yang sesuai untuk Zalora, Lazada dll.
+ Harga yang sesuai untuk kedai online usaha sendiri.
.
Sebelum kita hendak menetapkan harga jualan PRODUK, tetapkan dahulu CHANNEL yang dipilih.

Contoh: Produk pop-corn
+ Harga untuk channel stesen minyak?
+ Harga untuk channel kedai runcit?
+ Harga untuk channel kantin sekolah?
+ Harga untuk channel kiosk dalam hipermarket?
.
CHANNEL juga sangat menentukan pakejing yang laku dan tidak laku.

+ Pakejing pop-corn untuk jualan di dalam kedai stesen minyak ditargetkan kepada mata dan dompet pemandu kereta.

+ Pakejing untuk jualan di kantin sekolah ditargetkan kepada mata dan dompet budak sekolah.



Perkongsian ilmu bagi mereka yang mahu berniaga francais



"Saya pernah mengendali 16 sesi program francais untuk wanita dan lepasan siswazah untuk sebuah agensi kerajaan ketika saya masih makan gaji.

Banyak perkara yang saya tidak bersetuju dan saya benci dengan sistem ini.

Francaisi dipaksa bayar yuran pengiklanan, yuran tahunan, yuran persatuan dan dikenakan royalti yang sangat tinggi. Nak meraikan Patron (mantan menteri) dalam majlis makan malam pun francaisi kena bayar tinggi.

Francaisi tiada hak memilih lokasi perniagaan, semuanya ditentukan francaisor.

Kawasan strategik hanya diserahkan kepada kaum kerabat. Francaisi hanya dapat lokasi corot walaupun sudah booking premis yang sangat stategik, banyak alasan yang diberi.

Terdapat kawasan di mana francaisi dibiarkan bersaing sesama sendiri. Francaisi juga dipaksa membeli peralatan yang tidak perlu.

Banyak yang saya nak jelaskan tetapi cukuplah setakat ini." - Tuan Rosli

Thursday, 2 April 2015

Aplikasi kira GST dengan cepat


Aplikasi ini membantu kita mengira jumlah bayaran termasuk GST dengan cepat.

Hanya masukkan jumlah pembelian, harga yang perlu dibayar terus tertera di bahagian bawah.

Download di google play sekarang >>>  http://bit.ly/kira_GST




Pesan kepada orang muda.... Jangan sekali-kali ambil LOAN. Jangan!


Di manakah bahayanya duit LOAN?

+ Duit loan adalah duit cash yang diberikan kepada peminjam. Duit itu selepuk diserahkan kepada orang yang tidak ada duit! Di sinilah bahayanya.

+ Orang muda belum biasa tengok duit banyak. Apatah lagi memegang duit banyak. Mudah jadi gelap mata dibuatnya!

+ Kepada orang yang tidak ada duit, apabila dia tiba-tiba dapat duit banyak, dia boleh menjadi kurang siuman!

+ Jangankan orang muda, orang tua pun boleh hilang siuman apabila dapat duit banyak!

Renungan 29



10 sebab kenapa orang yang berjaya itu berjaya


1. Sikap dia berbeza. 

Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking", "Apa la tak ada makan?" " Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbezaa. Dia tak suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia cari kerja.

2. Mereka ini pantas. 

Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak, dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya.

3. Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka. 

Invest wang, tenaga dan masa.

4. Mereka bina networking yang bagus.

Maksud networking: 
  • Anda adalah siapa kawan anda. 
  • Siapa nak hidup berubah? 
  • Upgrade kawan.

5. Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka nak berjaya.

Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya.

6. Mereka berkawan dengan orang yang betul.

7. Mereka tidak bertangguh.

Fast action fast result. 

Kepantasan pemilik bisnes mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan kepantasan. Kalau sikap owner ni lembap, agak barang yang order tu bila nak siap?

8. Tidak menghiraukan kutukan. 

Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan kutukan orang.

9. Fokus. 

Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan anda NENEK JUTAWAN! 

Fokus 1 masalah pada 1 masa. 
  • Di mana ada masalah, di situ ada peluang. 
  • Di mana ada peluang, di situ ada wang. 
  • Di mana ada wang, di situ ada kekayaan.

10. Mereka konsisten & persisten. 

Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.

Okay jutawan. That's all for today.. Mana saya dapat semua tips ni? Di program Dr Azizan @Wisma MCA tahun lepas. Tq Doc!..

Indahnya hati dengan: 

  • beristighfar, 
  • berselawat, 
  • bersyukur dan 
  • bersedekah...

Wednesday, 1 April 2015

Tip murah rezeki (3)

Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. 


Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!

Salah satu kunci kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal – walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.

Tidak perlu melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” 

(Diriwayatkan al-Baihaqi)

-Irfan Khairi-


Renungan 28



Tuesday, 31 March 2015

Apakah sistem filing yang perlu dibuat supaya pengurusan rekod syarikat lebih efektif?



Tanya: 

Apakah sistem filing yang perlu saya buat selepas ditubuhkan syarikat, supaya pengurusan rekod lebih efektif. 

Apakah yang perlu disediakan?

Jawab: 

Orang bisnes tidak perlu belajar sistem filing.

+ Filing adalah kerja kerani pentadbiran.

+ Orang bisnes fikirkan bisnes.



Renungan 27



Monday, 30 March 2015

"Aku berusaha supaya boleh bayar zakat"

Petang ini saya melalui tanah bendang ketika ke masjid. Padi menghijau. Teringat wajah ayah, dengan garis tua dimamah usia dulu, meniti batas bendang melihat padinya. 

Ayah mengerjakan bendang sekangkang kera, dan menyewa bendang orang untuk memberi kami makan dan sekolah. Bila saya mula bekerja, suatu hari saya memujuknya supaya berhenti mengerjakan dan menyewa bendang. 


Saya tahu jerih payahnya. Kami adik-beradik sama melaluinya bersama ayah.. Jawapan ayah ringkas.

"Aku buat bendang bukan kerana nak kaya. Aku buat bendang supaya aku boleh keluar zakat. Kalau harap bendang kita saja, hasil tak cukup nisab, kena sewa tanah orang baru cukup.

Saya terus membungkam. Dalam usia yang hampir senja, ayah masih memikirkan untuk menunaikan rukun yang dituntut. Dia mencari jalan untuk menunaikannya, sedangkan banyak orang mencari jalan mengelak dari bayar zakat..

Kini, ayah telah kembali mengadap Ilahi. Ya Allah, ampunilah dia!

IKTIBAR: Pernahkah kita berfikir untuk berusaha supaya kita dikenakan zakat? Zakat pendapatan, zakat barang kemas, zakat perniagaan, zakat simpanan wang dll. 

Ada orang mencari helah untuk lepas dari membayar zakat. Ada orang yang simpan barang kemas akan memakainya setahun sekali untuk lepas dari bayar zakat. 

Ada peniaga memindahkan modal dan keuntungan untuk mengurangkan zakat. Ada orang marah jabatan agama kerana buat potongan zakat gaji. Ada orang keluarkan duit simpanan bank sementara supaya tak kena zakat simpanan. 

Hakikatnya zakat adalah rukun, seperti solat dan puasa dan haji. Pahalanya tentu amat besar. 

FIKIR-FIKIRKANLAH. AYUH KITA BERUSAHA SUPAYA KITA BOLEH BERZAKAT, BOLEH MENUNAIKAN RUKUN ISLAM.

Kalau puasa, kita begitu gigih menahan lapar sebulan, haji mengumpul duit bertahun, kenapa tidak berusaha segigih itu untuk berzakat.

ZAKAT MENYUBURKAN HARTA

Renungan 26



Sunday, 29 March 2015

12 tanda kita hampir atau sudah berjaya mencapai kejayaan hidup (Siri 2)

Ramai yang masih menganggap diri sebagai gagal kerana masih belum mencapai status seorang jutawan. 

Sedangkan mereka tidak nampak perkara-perkara kecil yang berubah di dalam diri yang menjadi bukti mereka hampir mencapai kejayaan hidup.

Jangan meletakkan diri di tahap kegagalan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian diri. 

Sentiasa berpandangan optimistik dengan mencari dan menilai perubahan diri yang bersifat positif kerana ia akan menjadi inspirasi buat diri anda.

Di sini terdapat 12 tanda-tanda kejayaan yang boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti perubahan positif yang terjadi di dalam diri anda. 

Perubahan ini merupakan tanda-tanda anda hampir atau sudah berjaya mencapai kejayaan hidup.

Muat turun PERCUMA sekarang! 

Majalah Online AO Tribe di
>>> http://www.aotribe.com.my <<<

Klik sini untuk Siri 1








Renungan 25



Saturday, 28 March 2015

Mengambil hati mentua - suatu perkongsian pengalaman


Saja nak ajak anda senyum-senyum petang ni, saya kembalikan satu catatan saya yang mungkin ada yang terlepas. 

Lepas kahwin tahun 80 dulu, saya selalu juga berfikir macam mana nak buat baik dengan mentua. Saya tengok ayah saya cukup disayangi oleh mak mentuanya iaitu datuk saya. 

Akhirnya dapatlah beberapa idea. Saya ceritakan dua idea yang saya praktikkan. 

Satu hari saya beli kain batik, 3 helai. Bila sampai rumah mentua saya bawa turun dari kereta 2 helai. 

Saya berkata pada mak mentua. 

"Mak pilih dulu kain batik yang mak suka, yang sehelai lagi nak bagi mak saya."

Saya tahu dalam hatinya berkata dia bagi aku pilih dulu berbanding emak dia sendiri. Saya buat beberapa kali dengan barangan berbeza. 

Setelah itu saya ke rumah orang tua saya dan menunjukkan lagi 2 helai kain batik dan berkata . 

"Mak pilihlah dulu, yang baki untuk mentua". 

Jadi mak saya pun tak kecil hati. Yang sehelai lagi saya bagi kat bini saya. Matlamat saya supaya mak mentua merasakan menantunya mendahulukannya. 

Satu hari dalam sembang saya dengar pak mentua cerita pasal durian Balik Pulau yang katanya sangat elok isinya. Saya terus bertolak dari rumah di Tikam Batu, Kedah ke Balik Pulau, Penang hari itu juga dan beli beberapa biji. 

Bila balik saya tak terus hantar rumah mentua, tetapi tunggu malam, agak mentua hampir nak tidur. Saya sampai bawa durian dan menyatakan, 

"Ini durian Balik Pulau. Dengar khabar bapak nak makan."

Saya pun balik. Esoknya diberitakan pak mentua sembang di balai lintang masjid, 

"Baguih betoi menantu aku. Aku baru bersuara, dia dah pi beli. Mai hantar malam tu juga" 

He he,  mission complete and success. . .

Kalau beri duit bulanan, saya bagi kepada mentua, isteri saya bagi kat mak saya. Depa ingat menantu lagi baik dari anak. 

Dipendekkan cerita mentua baik sungguh dengan saya hingga saya diberikan sebidang tanah sawah walau pun saya tak mau. 

Emak saya pula memuji menantu (isteri saya) merata tempat sembang kerana bagi duit tiap bulan, bersungut pula, anak sendiri pun tak bagi. 

Tak bagipun , masih anaknya juga. Tak palah lembu punya susu, sapi dapat nama, sebab lembu dan sapi duduk sekali. 

IKTIBAR:
KEBAHAGIAN KENA DIUSAHAKAN, 
KENA DIBUAT. 
JANGAN HARAP ORANG LAIN 
MEMBINA KEBAHGIAAN KEPADA KITA. 

Senyumlah! 



12 tanda kita hampir atau sudah berjaya mencapai kejayaan hidup (Siri 1)

Ramai yang masih menganggap diri sebagai gagal kerana masih belum mencapai status seorang jutawan. Sedangkan mereka tidak nampak perkara-perkara kecil yang berubah di dalam diri yang menjadi bukti mereka hampir mencapai kejayaan hidup.

Jangan meletakkan diri di tahap kegagalan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian diri. Sentiasa berpandangan optimistik dengan mencari dan menilai perubahan diri yang bersifat positif kerana ia akan menjadi inspirasi buat diri anda.

Di sini terdapat 12 tanda-tanda kejayaan yang boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti perubahan positif yang terjadi di dalam diri anda. Perubahan ini merupakan tanda-tanda anda hampir atau sudah berjaya mencapai kejayaan hidup.

Muat turun PERCUMA sekarang! 

Majalah Online AO Tribe di