Saja nak ajak anda senyum-senyum petang ni, saya kembalikan satu catatan saya yang mungkin ada yang terlepas.
Lepas kahwin tahun 80 dulu, saya selalu juga berfikir macam mana nak buat baik dengan mentua. Saya tengok ayah saya cukup disayangi oleh mak mentuanya iaitu datuk saya.
Akhirnya dapatlah beberapa idea. Saya ceritakan dua idea yang saya praktikkan.
Satu hari saya beli kain batik, 3 helai. Bila sampai rumah mentua saya bawa turun dari kereta 2 helai.
Saya berkata pada mak mentua.
"Mak pilih dulu kain batik yang mak suka, yang sehelai lagi nak bagi mak saya."
Saya tahu dalam hatinya berkata dia bagi aku pilih dulu berbanding emak dia sendiri. Saya buat beberapa kali dengan barangan berbeza.
Setelah itu saya ke rumah orang tua saya dan menunjukkan lagi 2 helai kain batik dan berkata .
"Mak pilihlah dulu, yang baki untuk mentua".
Jadi mak saya pun tak kecil hati. Yang sehelai lagi saya bagi kat bini saya. Matlamat saya supaya mak mentua merasakan menantunya mendahulukannya.
Satu hari dalam sembang saya dengar pak mentua cerita pasal durian Balik Pulau yang katanya sangat elok isinya. Saya terus bertolak dari rumah di Tikam Batu, Kedah ke Balik Pulau, Penang hari itu juga dan beli beberapa biji.
Bila balik saya tak terus hantar rumah mentua, tetapi tunggu malam, agak mentua hampir nak tidur. Saya sampai bawa durian dan menyatakan,
"Ini durian Balik Pulau. Dengar khabar bapak nak makan."
Saya pun balik. Esoknya diberitakan pak mentua sembang di balai lintang masjid,
"Baguih betoi menantu aku. Aku baru bersuara, dia dah pi beli. Mai hantar malam tu juga"
He he, mission complete and success. . .
Kalau beri duit bulanan, saya bagi kepada mentua, isteri saya bagi kat mak saya. Depa ingat menantu lagi baik dari anak.
Dipendekkan cerita mentua baik sungguh dengan saya hingga saya diberikan sebidang tanah sawah walau pun saya tak mau.
Emak saya pula memuji menantu (isteri saya) merata tempat sembang kerana bagi duit tiap bulan, bersungut pula, anak sendiri pun tak bagi.
Tak bagipun , masih anaknya juga. Tak palah lembu punya susu, sapi dapat nama, sebab lembu dan sapi duduk sekali.
IKTIBAR:
KEBAHAGIAN KENA DIUSAHAKAN,
KENA DIBUAT.
JANGAN HARAP ORANG LAIN
MEMBINA KEBAHGIAAN KEPADA KITA.
Senyumlah!
No comments:
Post a Comment