Tuesday, 24 March 2015

Nota kaya pagi Selasa....


Universiti mengajar pelajarnya bagaimana menguruskan syarikat.

Dalam diam-diam, sebenarnya universiti mengajar pelajarnya bagaimana cara yang betul menguruskan syarikat-syarikat milik orang-orang kaya.

Keluar dari universiti, pelajar-pelajar itu bekerja makan gaji dalam syarikat milik orang-orang kaya itu.

Jadi, apa hairannya mereka yang memegang ijazah MBA tidak mampu memiliki syarikat sendiri yang besar-besar.

Memang mereka itu sudah diajar bagaimana mengkayakan lagi orang-orang yang sudah sedia kaya! Bukan mengkayakan diri mereka sendiri.
.
Supaya kita sendiri menjadi orang-orang yang kaya-raya, kita mesti belajar mengurus syarikat-syarikat milik kita sendiri.

Kita mesti belajar mengurus syarikat-syarikat yang bermula kecil, bermula dari rumah, sehingga menjadi syarikat besar-besar.

Barulah kita dapat menjadi orang-orang kaya yang mampu mengkayakan orang-orang lain.


No comments:

Post a Comment