Tuesday, 17 March 2015

Banyak orang muda membuka bisnes secara FRANCAIS dengan mengambil hutang bank


Mereka tergoda oleh kata-kata manis dan pujuk rayu wakil-wakil syarikat francaisor.
.
Jangan pitam membaca nota ini.....

Apabila tuan menjadi ALP (Ahli Lembaga Pengarah) syarikat. Apabila syarikat meminjam duit bank.

Apabila tuan sudah menandatangani surat perjanjian sebagai PENJAMIN hutang syarikat:

+ Seandainya syarikat itu gagal membayar hutang, maka bank akan kejar tuan.

+ Biarpun syarikat sudah lama bungkus, bank tetap kejar tuan.

+ Jika tuan sudah meletakkan jawatan sebagai ALP sekalipun, bank tetap kejar tuan.

+ Jika tuan sudah jual saham tuan sekalipun, bank tetap kejar tuan.

+ Jika semua ALP lain tidak mahu membayar hutang, maka bank akan paksa tuan bayar seluruh hutang itu.

+ Jika bank tengok ALP lain tidak banyak duit dan tidak mampu membayar hutang, cuma tuan seorang yang bergaji besar, maka bank akan kejar tuan seorang supaya membayar semua hutang itu.

+ Jika semua ALP menghilangkan diri, maka tuan seorang yang akan dipaksa oleh bank supaya membayar semua hutang.

+ Jika semua ALP lain adalah warga asing dan mereka sudah cabut balik negeri, maka bank akan kejar tuan seorang supaya membayar semua hutang.

+ Jika ALP lain sudah meninggal dunia, maka bank akan kejar tuan supaya membayar semua baki hutang yang ada.

+ Selagi tuan tidak melangsaikan setiap ringgit hutang itu, sampai bila-bila pun bank akan kejar tuan.

Pendek kata, sampai ke lubang cacing pun bank tetap kejar tuan.
.


No comments:

Post a Comment