Kepada tuan yang berdepan dengan kemungkinan menjadi mangsa retrenchment, yakni diberhentikan kerja secara paksa, ini beberapa tip survival....
+ Cepat-cepat terima realiti bahawa kita sudah hilang pekerjaan. Jangan sembunyikan maklumat itu dari sesiapa pun.
+ Motivasi diri sendiri supaya belajar mendepani realiti itu dengan rancangan survival yang praktikal.
+ Jangan usik duit pampasan yang diterima. Pegang kuat-kuat pesan ini!
+ Simpan duit pampasan jauh-jauh dari tangan kita.
+ Mula kurangkan kos gaya-hidup.
.
+ Jika mahu bekerja, buatlah apa-apa sahaja pekerjaan. Jangan fikirkan sangat gaji dan lain-lain. Yang penting, setiap pagi kita keluar rumah dan pergi bekerja. Ini penting demi menjaga maruah kita di depan anggota keluarga.
.
+ Jika mahu berniaga, tetapkan jenis perniagaan yang mahu diceburi.
+ Seandainya tuan mahu membuka kedai kasut, cari pekerjaan di kedai kasut. Jadi pembantu kedai pun tidak apa. Malah itulah yang betul. Berkuli-lah tuan di kedai itu.
+ Sambil tuan berkuli di dalam kedai kasut itu, sambil tuan belajar semua hal-ehwal perjalanan sebuah kedai kasut.
+ Apabila sudah bersedia mahu memulakan bisnes kedai kasut sendiri, lamar towkay majikan tuan menjadi partner.
+ Baru gunakan wang pampasan dibuang kerja dahulu itu sebagai modal membuka bisnes.
.
NOTA Tambahan:
+ Jangan sekali-kali membuka bisnes francais.
+ Jangan sekali-kali membakar duit dengan mengeluarkan produk OEM.
+ Jangan sekali-kali masuk apa-apa jua skim-skim sontot.
No comments:
Post a Comment