Wednesday, 18 March 2015

Risiko menjadi rakan-kongsi dalam satu syarikat ‘enterprise’ dengan suami


ABS (Ainon Business School) sangat tidak menggalakkan ahlinya menjadi rakan-kongsi dalam syarikat ‘enterprise’.

Risikonya sangat tinggi.

Berniaga sorang-sorang dengan menggunakan syarikat ‘enterprise’ itu sendiri pun sudah tinggi risikonya. Apa lagi dengan rakan-kongsi.
.
Kepada isteri-isteri, jangan sekali-kali menjadi rakan-kongsi dalam satu syarikat ‘enterprise’ dengan suami.

+ Dalam undang-undang perkongsian, tidak ada perbezaan antara ‘hutang bisnes’ kita dengan ‘hutang peribadi’ si pemilik bisnes.

+ Hutang syarikat 'enterprise' adalah hutang sesiapa yang menjadi pemilik syarikat ‘enterprise’ itu.

+ Semua hutang yang dibuat oleh rakan-kongsi adalah hutang peribadi kita. Dalam bahasa mudah, hutang rakan-kongsi kita adalah hutang kita.

+ Apa-apa sahaja hutang yang dibuat oleh suami adalah hutang peribadi si isteri. Dalam bahasa mudah, hutang suami kita adalah hutang si isteri. Jadi, apabila suami tidak mahu membayar hutangnya, maka si isterinya yang terpaksa membayarnya.




No comments:

Post a Comment