Syarikat yang kita dirikan tidak boleh kelihatan sebagai carbon-copy personaliti kita.
Sebagai contoh:
+ Kalau kita tidak suka SOP, maka syarikat kita pun tidak menggunakan SOP-SOP.
+ Kalau kita suka berbelanja tidak ikut bajet, maka syarikat pun tidak suka menggunakan bajet.
+ Kalau kita seorang yang pemboros, maka syarikat kita pun boros.
+ Kalau kita suka membeli simbol-simbol kekayaan, maka syarikat pun membeli simbol-simbol kekayaan.
+ Kalau kita seorang yang terlalu berjimat, maka syarikat kita pun terlalu berjimat.
+ Kalau kita seorang yang suka flexi-system, maka syarikat pun flexi-system juga.
Kita lain. Syarikat lain. Tidak boleh sama dan serupa!
No comments:
Post a Comment