Tuesday, 17 March 2015

Kursus yang perlu diikuti untuk meningkatkan bisnes


Tanya: Apakah kursus yang perlu saya ikuti supaya saya dapat meningkatkan bisnes saya?

Jawab: Hadiri kursus yang menyampaikan 'actionable knowledge'.
.
Apakah itu yang dikatakan 'actionable knowledge'?

Dalam bahasa mudah, makna 'actionable knowledge' adalah 'ilmu boleh-guna'.

Ciri utama 'ilmu boleh-guna' adalah di mana sebaik-baik kita sudah belajar ilmu itu, ia terus dapat diaplikasi, yakni boleh digunakan.
.
Contoh ilmu 'actionable knowledge':

+ Ilmu 'book-keeping': 
Selepas kita belajar ilmu 'book-keeping' atau 'simpan-kira', kita sudah boleh terus buat 'book-keeping' untuk bisnes kita.

+ Ilmu BMC (Business Model Canvas)
Selepas belajar ilmu BMC, kita terus boleh buat BMC untuk bisnes yang mahu dibuka.

+ Ilmu SOP (Standard Operating Procedure)
Selepas belajar ilmu SOP, kita terus boleh buat SOP untuk kegunaan staff kita.

+ Ilmu persyarikatan: 
Selepas belajar jenis-jenis syarikat dan risiko-risikonya, kita terus tahu apa yang perlu dilakukan untuk membetulkan syarikat kita.


No comments:

Post a Comment