Sunday, 22 March 2015

Ferrari tanda kita kaya?


Memiliki 'simbolnya'. Tiada memiliki 'bendanya'. <--- Fenomena yang sangat berbahaya kepada nyawa bisnes.

Ferrari adalah 'simbol orang yang berduit'. Kita memandu Ferrari. Orang tengok Ferrari kita, mereka sangka kita seorang yang banyak duit.
.
Ada simbol-duit yang genuine. Menjalankan bisnes di dalam premis yang dibeli sendiri adalah simbol-duit yang genuine.

Ada simbol-duit yang palsu. Memiliki Ferrari yang dibeli dengan menggunakan duit pinjaman bisnes menjadikan Ferrari itu simbol-duit yang palsu.
.
Banyak peniaga Melayu berbelanja sampai lingkup bisnesnya demi membeli simbol-duit yang palsu.

Mereka memiliki simbol-simbolnya sahaja. Mereka tidak memiliki bendanya.



No comments:

Post a Comment