"Saya mahu meluahkan perasaan. Saya perasan posting-posting puan sebelum ini yang bertanyakan tentang bisnes, nampaknya mereka tidak faham lagi risiko membakar tangan dan poket dalam perniagaan franchais dan OEM.
Malah kerajaan juga banyak membantu bakal usahawan mendapatkan pembiayaan untuk mereka menjalankan perniagaan franchais.
Saya sudah melaluinya puan. Amat perit sekali rasanya. Sangat berbeza dengan keperitan saya menjalankan produk dan brand sendiri seperti sekarang ini.
Saya tak mahu lebih ramai saudara seagama saya melalui keperitan menanggung hutang disebabkan terpedaya dengan branding yang popular dan angka-angka bakal keuntungan yang difigurakan tetapi tak mungkin semudah yang disangka.
Untuk pengetahuan puan, sekarang saya sudah keluar dari jenama franchais dan re-branding semula kiosk saya kepada jenama sendiri. Hasilnya lebih baik dan semakin stabil kerana saya tidak terikat lagi dengan royalty bulanan, yuran franchais dan akta franchais.
Sekarang, saya bila-bila masa boleh buat promosi, mengeluarkan menu baru, menetapkan harga sendiri dan macam-macam lagi.
Saya sudah bebas dan menjadi lebih kreatif serta berdaya saing kerana saya betul-betul mahu majukan jenama saya berbanding dulu hanya pasif menunggu arahan dan mengikut telunjuk franchaisor.
Tetapi hutang saya masih banyak, belum dapat diselesaikan kerana amaun yang terlalu banyak!
Namun saya sedang berusaha untuk mengeluarkan diri dari hutang. Inilah keperitan yang saya terpaksa lalui.
RS
No comments:
Post a Comment