Lazimnya, apabila orang yang pandai membuat kerja-kerja teknikal membuka syarikat, dia akan melakukan semua kerjanya sendiri.
Dialah towkay, dialah kuli. Dialah yang duduk di dalam dapur, dialah juga yang keluar menghantar keknya ke kedai-kedai.
.
Disebabkan dia amat pandai melakukan kerja-kerja teknikal itu, dia tidak percaya kepada orang lain.
Dia menjadi sangat cerewet pada kerja-kerja pengeluaran produknya.
Dia khuatir jika kerja itu diserahkan kepada orang lain, nanti kualiti akan jatuh. Dia lupa pada aspek bisnesnya.
Hasilnya, dia berkuli dalam syarikatnya sendiri!
thanks 4 the tips. :D
ReplyDelete