Monday, 16 March 2015

Gaya hidup golongan jutawan sebenar


J. Stanley, penyelidik dan penulis buku "The Millionaire Next Door" (Jiranku Sebelah Rumah Seorang Jutawan) menerangkan antara ciri-ciri yang ada pada gaya hidup golongan jutawan sebenar:

+ Gaya hidup mereka sederhana.

Majoriti jutawan dalam kajian Stanley tinggal di rumah bersaiz sederhana, padahal mereka mampu hidup di dalam istana.

Menurut Stanley, alasan utama mereka tinggal di rumah sederhana adalah disebabkan mereka tidak mahu kehilangan sahabat-sahabat karib mereka yang sudah lama, sejak zaman remaja dan muda-muda.

Bukan sahaja rumah mereka sederhana, malah mereka juga tinggal di kawasan perumahan golongan sederhana, padahal mereka mampu tinggal di kawasan mahal dan berprestij.
.
Menurut Stanley lagi, faktor paling penting yang dapat meramalkan keupayaan seseorang itu menghimpun kekayaan adalah di kawasan mana mereka dan keluarga memilih untuk tinggal.

Dalam bukunya yang sangat terkenal itu, beliau mengemukakan banyak contoh dan statistik yang membuktikan kesan-kesan negatif ke atas kewangan peribadi yang berlaku apabila seseorang itu berpindah ke kawasan perumahan berprestij.

Hal itu mendorong seseorang itu menghabiskan duitnya bagi membeli lambang-lambang gaya hidup mewah, supaya dilihat sama kaya dengan penduduk lain di dalam kawasan itu.


No comments:

Post a Comment