Apakah tanda-tandanya syarikat kita kukuh?
1. Hutang syarikat
Hutang adalah faktor paling penting yang menentukan kedudukan kewangan syarikat.
Berapakah jumlah hutang yang ditanggung oleh syarikat kita? Inilah soalan maut yang pertama!
.
2. Keuntungan dari bisnes
Apakah bisnes yang dijalankan oleh syarikat kita sangat menguntungkan?
Berapa besar market share kita? Berapa banyak production kita? Berapakah nilai perolehan daripada jualannya. Berapa kos pengeluarannya.
.
3. Jumlah wang tunai
Apakah syarikat kita cash-rich ataupun cash-poor?
Berapa banyak duit syarikat kita yang ada dalam akaun semasa?
Berapa banyak duit dalam simpanan tetap syarikat kita?
Banyak peniaga kelihatan hidup macam orang biasa-biasa sahaja, tetapi mereka itu cash-rich.
.
4. Jumlah stok
Stok barang adalah duit. Semakin banyak stok yang ada, semakin banyak duit dalam bentuk stok.
Apakah stok itu stok yang laju keluar dari gudang? Apakah stok itu stok tak laku?
Stok yang bagus adalah stok yang berpusing laju. Stok masuk pagi, petang sudah keluar. Besok pagi, stok baru pula masuk, petang sudah licin.
.
5. Aset syarikat
Berapa banyak aset syarikat kita? Apakah aset-aset itu? Apakah kita membeli bangunan sendiri?
Kereta mewah bukan aset. Ia benda yang makan-duit, oleh itu kereta mewah adalah liabiliti. Kalau kereta mewah itu disewakan, seperti dalam bisnes car rental, barulah ia menjadi aset.
.
6. Pulangan pelaburan
Apakah syarikat kita ada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat lain?
Sebagai contoh, syarikat kita melabur dengan membuka banyak anak-anak syarikat.
.
No comments:
Post a Comment