Friday, 6 March 2015

Duit banyak...


Gambar hiasan. -Google-

Banyak peniaga yang tiap-tiap hari dia ‘bermain’ dengan duit. 

Tiap-tiap hari jualannya laku. Tiap-tiap hari duit tunai masuk laju, keluar pun laju.

Duit bisnes dan duit peribadi bercampur dalam satu akaun. Itulah akaun bisnes, itulah juga akaun peribadi.

Meskipun duit tunai sentiasa ada dalam akaun, tetapi jumlahnya tidak pernah banyak pada satu-satu masa.

Ada-ada sahaja perkara yang menyebabkan duit dikeluarkan…. 

Gambar hiasan -google-

Tukar kereta-lah, tambah kereta-lah, renovate rumah-lah, sekeluarga pergi umrah-lah, holiday ke Korea-lah….

Akibatnya, walaupun duit tidak pernah kering dalam tangan, tetapi duit tidak pernah berlonggok banyak dalam akaun bank.

Apabila mahu membesarkan bisnes, duit tidak cukup, maka terpaksa membuat pinjaman lagi....


No comments:

Post a Comment