GROWTH...
Syarikat yang bagus adalah syarikat yang menunjukkan trend GROWTH, bukan yang menunjukkan PROFIT.
GROWTH adalah salah satu faktor yang menurunkan profit, malah boleh menyebabkan syarikat berada dalam mode rugi memanjang?
Mengapakah begitu?
.
Apabila kita mahu menaikkan kadar pertumbuhan bisnes, ia memerlukan suntikan modal.
Dari manakah modal datang?
Modal untuk growth boleh datang daripada PROFIT. Jadi, kita laburkan semula profit demi menaikkan kadar pertumbuhan bisnes.
.
Biarpun setiap tahun syarikat tidak untung, tetapi bisnes syarikat kita terus berkembang.
+ Jumlah cawangan makin bertambah
+ Jumlah staff makin bertambah
+ Produksi makin naik
+ Jualan semakin naik
+ Perolehan semakin naik
+ CAPEX makin naik
+ OPEX makin naik
Tetapi PROFIT tak naik-naik!
Nota:
CAPEX =
capital expenditure
(contoh membeli mesin dan software baru),
OPEX =
operational expenditure
(contoh gaji dan sewa).
No comments:
Post a Comment