Banyak peniaga tidak memberi perhatian serius dalam hal-hal urusan dengan LHDN dan SSM.
Mereka seronok berniaga dan buat duit.
Mereka tidak menyediakan laporan kewangan syarikat untuk dihantar kepada LHDN dan laporan syarikat kepada SSM tiap-tiap tahun.
.
Ketahuilah!
Syarikat yang dormant, yakni tidak beroperasi, dan tidak dibubarkan, tetap wajib menghantar laporan tahunan!
Apabila kita tidak menghantar laporan-laporan syarikat kepada LHDN dan SSM, sesiapa sahaja yang namanya tertulis dalam dokumen pendaftaran syarikat, dia akan didenda sebanyak RM5k bagi 1 kesalahan!
Jikalau 1 tahun kita tidak menghantar laporan, itu adalah 1 kesalahan.
Jikalau 2 tahun kita tidak menghantar laporan, itu adalah 2 kesalahan.
Sudah berapa tahun tuan tidak menghantar laporan?
No comments:
Post a Comment