Ibarat mahu menjual satu saiz kasut untuk semua kaki...
Dalam ilmu BMC (Business Model Canvas), 2 kotak yang mesti mula-mula ditetapkan adalah:
+ Kotak customer segments.
Kita mahu jual produk kita kepada siapa?
Kepada remaja lelaki?
Kepada remaja perempuan?
+ Kotak channels.
Di mana pembeli dapat membeli produk kita?
Di kedai online?
Di kedai runcit?
Di kedai kasut?
Di kedai hardware?
Gambar hiasan, [rasa.karangkraf] |
Banyak kali, apabila kita bertanya:
"Biskut coklat puan ini mahu dijual kepada siapa?"
Jawapan yang diberikan:
"Kepada sesiapa sahaja yang mahu makan biskut coklat."
Itu bunyinya macam kita hendak menjual satu saiz kasut untuk semua orang yang mahukan kasut!
No comments:
Post a Comment