Pernah anda pergi ke sarkis dan melihat gajah diikatkan pada tiang kecil dengan tali dan hanya berdiri di sana?
Pernah anda tertanya-tanya mengapa gajah begitu taat dan tidak berusaha untuk berpisah daripada tiang kecil itu dengan segala kekuatannya?
Sejak dari kecil lagi, gajah telah terikat pada tiang dengan cara yang sama. Secara semula jadi, ia cuba melarikan diri tetapi percubaannya gagal mungkin kerana tali yang diikat pada tiang terlalu kuat. Akhirnya gajah pun menyerah.
Apabila gajah lebih tua, ia masih percaya ia tidak dapat melepaskan diri dan ia kekal berdiri di tempat yang sama walaupun ia boleh melarikan diri dengan mudah.
Seperti manusia, “Dari kecik kita kena ikat, sampai tua pun dok kena ikat”.
Kita manusia sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dari kecil lagi. Tapi kita membesar dengan kepercayaan yang kita langsung tidak akan berupaya untuk mengatasi cabaran itu sampai bila pun.
Ramai yang terjerat dengan pelbagai masalah samada masalah atau tekanan dari segi perhubungan, kewangan, kerjaya, perniagaan, tidak cukup masa, banyak hutang atau hutang di luar kawalan ataupun tidak ada perubahan atau peningkatan dalam hidup anda sejak beberapa tahun ini.
Manusia sentiasa lupa yang kita bukan seperti gajah.
Kita memiliki akal dan potensi diri untuk mengatasi cabaran, tapi kerana gagal sekali kita sanggup hidup bertahun-tahun dalam trauma.
Jadi atasi segala trauma dan ketakutan anda hari ini. Bangkitkan potensi diri dengan ilmu.
Ilmu yang betul akan membantu merubah persepsi dan pemikiran anda untuk menarik lebih banyak kejayaan, kekayaan dan keberkatan dalam hidup anda.
Tanya diri anda 5 soalan penting ini dan jawab segera:-
- Tidakkah anda mahu jadikan tahun 2015 sebagai tahun peningkatan tahap kehidupan dan kewangan anda?
- Tidakkah anda mahu belajar bagaimana untuk melakukan tindakan yang luar biasa untuk anda mencapai impian dan matlamat anda dengan segera?
- Tidakkah anda mahu terus hidup tanpa rasa terikat dan takut untuk melonjakkan kehidupan dan tahap kewangan anda dengan segera?
- Tidakkah anda mahu keluar daripada kehidupan yang terikat dengan masa, hutang, kerja atau perniagaan yang membelenggu diri anda selama ini?
- Tidakkah anda sanggup dibimbing untuk melihat potensi diri, kehidupan atau tahap kewangan anda meningkat dengan strategi yang terbukti berjaya?
Lebih 600,000 orang peserta telah dibantu melalui seminar-seminar kami tetapi satu persamaan mereka yang berjaya dengan luar biasa adalah tindakan mereka.
Tindakan mereka luar biasa. Mereka hadir untuk belajar dan hidup mereka mula berubah!
Anda? Adakah anda komited untuk hidup luar biasa dan mencari jalan keluar daripada kehidupan yang biasa-biasa?
Jangan terus membelenggu diri anda.
Anda sepatutnya hidup dengan luar biasa.
Jika anda tidak tahu bagaimana, berilah diri anda peluang hadir berjumpa saya di seminar Hidup Luar Biasa!
Seminar ini bakal dianjurkan di 8 lokasi sahaja bermula 11 April 2015. Pendaftaran hanya RM50 seorang atau RM30 seorang jika anda mendaftar 3 orang.
Bagi yang daftar dan hadir, anda akan menerima buku Percuma terbaru saya '21 Formula Hidup Luar Biasa' yang bernilai RM45.90.
Pastikan anda merebut peluang ini untuk belajar dan merubah hidup anda dengan mendaftar di www.hidupluarbiasa.com SEKARANG!
Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia
No comments:
Post a Comment