Wednesday, 25 March 2015

Seringgit jer...


Dulu...saya mula belajar bersedeqah di tempat kerja saya kerana peminta-peminta derma ni suka sangat beramai-ramai ke ruang legar ofis saya setiap hujung bulan atau hari gaji. Macam tau-tau saja... (dalam hati saya).

Mula-mula saya buat donno je, buat-buat tak faham. Maklumlah kerja hebat lah sangat..tapi 'tak berapa cukup'..

Dalam hati berkata, Allah tak marah kot kalau tak bagi, sebab untuk keperluan keluarga pun tak cukup. Lagipun itukan derma, bukan paksaan, kena bagi dengan ikhlas hati kan...

Tapi makin lama baru terperasan. Seorang ofis mate ni, Suzette namanya, setiap hujung bulan dia pasti menderma. Yang nampak setiap hujung bulan la, yang tak nampak sure banyak lagi tu . (Thank you Suzette for the lesson!). Dan dia ni memang dah kaya raya dari dulu-dulu lagi.

Patutlah kami dulu sentiasa BOCOR. Masuk sikit bocor sikit. Masuk banyak bocor banyak. Macam tu lah silih berganti. Tapi sejak dah faham tentang bersedeqah Alhamdulillah..seronoknya!..

Rupanya inilah punca kekayaan. Kena banyak memberi..memberi..memberi...

Dulu beri sebulan sekali. Masuk pun sebulan sekali. Alhamdulillah bila start beri seminggu sekali, masuk pun seminggu sekali. Syukur...sekarang dah tak senang hati kalau tak cuci kolam hari-hari. Kerana barulah masyuk pun hari-hari ..

A soft reminder untuk adik-adik yang baru nak berbisnes, walaupun bisnes belum bersinar-sinar sangat lagi, kolam tu kenalah cuci hari-hari. Kata nak masyuk hari-hari...

Cucilah kolam tu macamana pun AT LEAST kena keluarkan seringgit saja sehari consistently setiap hari.

Senang je seringgit tu, setiap hari masukkan di tabung masjid ke..ataupun sedeqah kat budak-budak ke..anak kawan-kawan ke..anak-anak jiran ke..ataupun setiap kali kita bershopping hari tu..lebihkanlah seringgit untuk makcik nasi lemak ke, abang keropok lekor ke, atau abang jual ikan kat pasar tu ke..ishhh..mesti mereka ni terharu. Sebab selama ni customer asyik mintak kurang je, ni makhluk dari planet mana pulak ni, lain dari yang lain!..

Yang penting memang kena beri..beri..beri..consistently..Dah, tak nak dengar ada yang kata, bisnes tak ok lagi..gaji saya kecik...nak hidup pun tak cukup...

Siapa yang masih kata macam tu bermakna dia masih tak faham-faham lagi..masih tak dapat ler tu. 

Bermakna dia masih belum menjadi insan terpilih...kata kat orang sebelah,

"KESIAANNNN...."



No comments:

Post a Comment