Salah satu manfaat kita mempunyai mentor bisnes adalah disebabkan mentor itu mempunyai MODAL SOSIAL yang sangat penting peranannya dalam kejayaan bisnes kita.
.
+ Pilih orang bisnes sebagai mentor.
Jangan pilih motivator yang tiada mempunyai bisnesnya sendiri.
Banyak motivator bisnes di mana bisnes mereka adalah membuat duit dengan menjadi motivator.
Mentor bisnes bukanlah orang yang cuma pandai memberi kata-kata semangat.
.
+ Pilih mentor yang kenal banyak orang-orang bisnes lain dalam pelbagai sektor bisnes.
Dia mempunyai jaringan persahabatan dan network bisnes yang sangat luas.
Mentor yang begitu dapat meminjamkan networknya kepada kita.
Dalam erti kata lain, apabila perlu, mentor kita dapat memperkenalkan kita kepada network bisnesnya yang dapat membantu kita.
.
+ Pilih mentor dalam sektor bisnes yang mahu diceburi.
Contohnya, jika kita mahu membuka bengkel motorsikal, bermentor dengan pengusaha bengkel motorsikal.
Jika mahu membuka ladang kambing, bermentor dengan peladang kambing.
.
+ Mentor itu sudah lama dalam bisnesnya, dan dia sudah berjaya.
Disebabkan bisnesnya sudah berjaya, dia sudah pernah melakukan banyak kesilapan.
Dengan pengalamnnya yang sudah banyak, dia dapat memberikan kepada kita tip-tip praktikal supaya kita terselamat daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang sama.
.
+ Mentor itu jauh lebih tua, di mana perbezaan usia adalah macam ayah dengan anak.
Kriteria ini sangat ideal.
Mentor yang lebih tua mempunyai sahabat-sahabat bisnes yang sama-sama tua dengan mereka.
Lazimnya orang bises yang sudah tua mempunyai banyak duit lebihan. Mereka boleh menjadi pelabur dan pemodal dalam bisnes orang muda.
No comments:
Post a Comment