Apakah itu CTOS Malaysia?
CTOS Malaysia adalah sebuah syarikat agensi kredit yang menjual maklumat berkenaan hutang piutang syarikat dan individu.
CTOS mengumpulkan pangkalan data berkenaan individu-individu dan syarikat-syarikat yang mempunyai rekod kewangan 'buruk'.
.
Sebagai contoh, kita mahu tahu apakah Tuan Bulat bin Panjang seorang yang mempunyai rekod kewangan buruk.
Kita boleh pergi ke website CTOS dan semak apakah nama Tuan Bulat bin Panjang ada dalam senarai CTOS.
Bagi mendapatkan maklumat itu, kita dikenakan bayaran.
.
Kita mungkin tidak sangka bahawa nama kita sudah masuk dalam senarai CTOS.
Ini kerana nama kita dihantar kepada CTOS oleh pihak lain, yakni pihak yang hutangnya tidak kita bayar.
.
Implikasi apabila nama kita masuk senarai CTOS adalah sangat serius.
Sebagai contoh:
+ Kita tidak dapat mendaftarkan perniagaan menggunakan milikan tunggal atau 'enterprise'.
+ Kita tidak dapat menjadi ALP syarikat PLT, sdn bhd, ataupun berhad.
+ Kita tidak dapat membuka akaun bank.
+ Kita tidak dapat membuat pinjaman dari bank dan institusi kewangan, akibatnya kita tidak dapat membeli rumah ataupun kereta dll.
.
NOTA: Banyak orang muda memulakan bisnes FRANCAIS dengan berhutang pada bank.
Kemudian bisnes FRANCAIS itu bungkus, lalu mereka gagal membayar hutang bank.
Lalu nama mereka masuk dalam senarai CTOS.
Bayangkan apa nasib mereka selepas itu?
Bayangkan apabila suami dan isteri sama-sama menjadi penjamin hutang bank. Lalu nama mereka berdua masuk senarai CTOS?
No comments:
Post a Comment