Apakah itu cek tendang?
Istilahnya 'bounce cheque'.
Ada juga yang menyebut 'cek melambung'.
Kita orang bisnes, kalau mahu rezeki menjadi pendek, keluarkanlah 3 keping cek tendang!
.
Apabila kita 3 kali mengeluarkan cek tendang:
+ Bank akan terus tutup akaun kita.
+ Nama kita terus dimasukkan dalam senarai black-list.
+ Automatik nama kita masuk ke dalam senarai CCRIS di Bank Negara.
Maka dengan itu, pendeklah rezeki kita!
.
Cek tendang adalah cek yang kita keluarkan dalam situasi:
+ Akaun bank kita itu sudah dibekukan oleh bank.
+ Akaun itu sudah ditutup.
+ Tidak ada duit dalam akaun.
+ Duit dalam akaun tidak cukup bagi membayar cek itu.
No comments:
Post a Comment